Akhirnya Kembalinya Anak Emas Everton – Wayne Rooney

Spread the love

12 tahun lalu, perlawanan pertama yang melibatkan klub lamanya Everton, Wayne Rooney disambut dengan layanan yang cukup negatif dari penyokong-penyokong tuan rumah.

Memakai jersi Manchester United buat kali pertama selepas perpindahan bernilai 27 juta pound, pemain 19 tahun itu yaitu Wayne Rooney disambut dengan kawalan polisi ketat sekitar Goodison Park, helikopter polisi terbang di atas dan beberapa objek dibaling ke arahnya sepanjang perjalanan.

Kali ini, mengikut laporan the Guardian, sekali lagi memakai biru Everton, beliau disambut mesra dalam perlawanan antara klub Merseyside tersebut dengan Ruzomberok dari Liga Slovakia. Jualan jersi Everton laris dengan namanya.

Walaupun mendapat tawaran lebih lumayan untuk bermain di Liga Super China, Rooney memilih untuk ke klub asalnya. Antara sebabnya ialah anak-anak lelakinya tidak pernah melihat beliau bermain buat Everton.

Beliau masih tidak menampakkan ketajamannya tetapi harapan penyokong Everton adalah dengan lebih masa bermain (berbanding ketika di United musim lepas) beliau akan menunjukkan bakat semula jadinya. Pengurus klubnya, Ronald Koeman, menyatakan kepuas hatiannya dengan prestasi Rooney dalam perlawanan itu.

Tidak kayak Jose Mourinho, Koeman tetap mau meletakkan Rooney di barisan hadapan. Apatah lagi kini pemain utama Everton sebelum ini, Romelu Lukaku berpindah ke United.

“Amat baik untuk berada di Goodison dalam versi biru sekali lagi, perasaan yang hebat,” kata Rooney. “Tetapi ini adalah perlawanan penting untuk kami dan saya terpaksa meletakkan perasaan saya ke tepi.”

Sementara itu, bek kiri Everton dan England, Leighton Baines menyatakan penyertaan Rooney berserta pembelian pemain-pemain lain berjumlah hampir 100 juta pound mampu membantu klub itu mengakhiri kemarau piala sejak 1995.

“Sebuah piala adalah matlamat sebenarnya dan saya merasakan pengurus kita telah datang ke sini untuk perkara tersebut – untuk melonjak kita ke tahap yang lebih tinggi, dan membawa kita ke sana,” kata Baines. “Ketika era saya dan pada musim-musim yang terbaru kita berada di bawah sedikit tahap tersebut, kita sampai ke beberapa perlawanan akhir piala-piala, separuh akhir, perjalanan ke Wembley tetapi kecundang pada peringkat akhir. Jadi kita perlu mengambil langkah itu.”